Pada tahun 1990, Proton memperkenalkan sebuah Saga Aeroback konsep yang sangat unik di KL International Show. Model ini dilengkapi dengan kit badan penuh yang dikenali sebagai “Aerokit”, menampilkan beberapa perubahan agresif berbanding model biasa.

Antara ciri yang paling menonjol:

  • Spoiler belakang besar bergaya Cosworth
  • Fender belakang dibulatkan dengan lengkungan badan lebar (wide body arch)
  • Rim sport gaya BBS bersaiz 15 inci yang menaikkan lagi imej sporty keseluruhan
  • Bampar belakang yang direka semula lengkap dengan kemasan gril yang kemas dan sporty

Penampilan keseluruhan membuatkan Proton Saga ini kelihatan jauh lebih eksklusif dan kaya, berbanding model produksi biasa.
Walaupun menarik perhatian ramai ketika pameran, sayangnya Aerokit ini kekal sebagai model konsep sahaja dan tidak pernah dipasarkan secara rasmi di Malaysia.

Satu lagi babak menarik dalam sejarah automotif negara yang hampir menjadi realiti.

**Gambar kredit kepada Amirul Hadi : https://www.facebook.com/amirul.hadi.505

*Gambar kredit kepada Wayne Phang
https://www.facebook.com/waynephang.official


Related Posts