Aksi kejar-mengejar yang mendebarkan dalam filem Iron Angels II (1988) menampilkan Proton Saga memburu sebuah Toyota Crown S40 (1964) yang dipandu oleh pelakon Hong Kong terkenal, Alex Fong Chung-sun. Walaupun Toyota itu model klasik, cukup lawas sampai Proton Saga pun sempat ‘potong’, aksi ini tetap mencuri tumpuan! 😆

Bukan calang-calang, Alex Fong bukan sahaja dikenali sebagai pelakon aksi yang popular, malah beliau juga merupakan seorang pelumba profesional yang pernah menyertai pelbagai kejohanan lumba kereta di Hong Kong dan Asia, termasuk Macau Grand Prix dan Porsche Carrera Cup. Gabungan bakat lakonan dan kemahiran pemanduan menjadikan beliau ikon aksi yang sebenar!



Related Posts